Tuesday, 25 March 2014

Hijrah



Hidup ni cuma ada satu tujuan, walaupun terdapat berjuta haluan.

Syurga.


Selalu sangat dengar.


"Belum sampai seru lagi la."

"Aku nak berubah tapi apa pandangan orang?"


"Allah still nak terima taubat aku ke?"


"Aku rasa macam.. nak give up?"


Worst.


"Well, kita muda lagi. Nanti dah besar baru lepak surau."



"those who want to change at 12th died on 11th"


So, berubah lah pada jam satu. ?


**********

Terjemahan surah Al-A'raf ayat 178,


"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah orang yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugikan."


Continue with the main topic.


Hijrah? Apa tu hijrah? Langkah nak mulakan hijrah? Cara nak maintain kan hijrah?



Apa tu hijrah?



Secara ringkas, perubahan daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, lebih baik.

Jelas?


Langkah nak mulakan hijrah?



"Kau rasa kenapa baginda tak hijrah ke Madinah naik Buraq je? Kenapa jalan kaki?


"Sebab Allah nak tunjuk hijrah tu bukan perkara mudah."



Sometimes, jalan yang benar tu adalah jalan yang payah.


Move on!

Jangan melihat ke masa lalu dan memalingkan wajah ke belakang.

Sedangkan angin akan berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke hadapan.

Jangan menyalahi sunnah kehidupan!

Bertaubat atas dosa yang lalu. Let bygone be bygone.



Cara nak maintain kan hijrah?



Istiqamah, sikit tapi istiqamah. Bila dah boleh istiqamah, upgrade lagi.


Mulakan dengan beristighfar, then solat sunat, berpuasa, sedekah and so on.

Dan jangan tinggal solat lima waktu.

Macam nak bina sebuah bangunan. Memang mengambil masa, mungkin bertahun-tahun. Biarlah lama asalkan tak tergendala. Well, dengan istiqamah dan ikhlas konfem dapat hasil yang kukuh.


Memang ada bangunan yang siap dalam masa yang sangat singkat. Tapi.. tak kukuh. Erm.



Allah pun dah tunjukkan contoh yang terbaik. Dia menciptakan langit dan bumi selama 6 hari (walau hakikatnya "kun fayakun" pun dah cukup kan). Tapi dengan hanya sekelip mata Dia boleh musnahkan seisi dunia.



Dan paling penting, pedulikan kata orang. Mereka cuma cemburu, dengki dan tak senang hati tengok kita masuk syurga. Erk?


Kalau mulut sendiri pun susah nak jaga, mustahil kita mampu tutup mulut semua manusia.

Takde jalan benar yang tak susah.

Well said,

"Hidayah dicari, bukan dinanti."


Aku pun pernah rebah.

5 comments:

  1. Akhi, saya ni perempuan. Tapi saya tak tau nak berhijrah macam mana. Boleh akhi terangkan langkah-langkahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First, Solat taubat dulu, perbaiki solat, cari kelemahan diri and baiki. Second, baiki hubungan dengan pencipta dan manusia. Third, aurat, tutup dengan sempurna, faham kan? Sempurna, dan slow and steady. Tapi kalau dah tutup jangan buka balik! Istiqamah. Actually, perempuan lagi senang nak masuk syurga, even majoriti penghuni neraka. Paling penting jangan pedulikan kata orang sebab sebenar diorang cuma cemburu. Selamat maju jaya!

      Delete
  2. Syukran ya akhi. Doakan kejayaan saya ye. SPM saya pun sama. Sokong budakdota ! <3

    ReplyDelete
  3. Akhi, saya ni perempuan. Saya banyak masalah sebenarnya. selalu je susah untuk bangun subuh. Kadang-kadang saya selalu bergaduh dengan kawan-kawan even saya gembira bersama diorang. Saya tak pandai nk berkawan ? huhu..bagi nasihat sikit boleh. saya perlukan makanan rohani..saya betol-betol ingin berubah dan berhijrah ke jalan Allah. Sometimes saya rasa ni sebab pengaruh rakan. Saya dah cuba elakkan. Tapi tetap terlekat. Harap akhi boleh tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes, orang sekeliling kita mengubah diri kita. Pilih kawan yang baik dan tinggi akhlak, insyaallah kita akan terikut. Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi mesti akan berbau wangi, orang yang rapat dengan tukang besi semestinya berbau tengik, dan most important cuba dekatkan diri dengan Al-Quran sebab kalam Allah adalah penawar segala penyakit terutama hati. Barakallahu feek!

      Delete