Saturday 26 April 2014

Padam je!


Credit to google untuk gambar ni.

Tajuk entry pun dah kemain lawak. Haha.



"Weh, pinjam pemadam."

"Mana la aku pakai pemadam. Bukan sekolah rendah ni."

"Tak best guna pen. Kalau salah kena liquid.

"Guna pensel pun sama kena padam jugak."

"At least, tak kotor kertas. Macam dosa jugak."


"Erk?"



Alat tulis pun boleh jadi analogi.



Taubat.


Satu cara kita nak tahu kita ni beriman ke tak, sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Adakah kita menyesal? Atau menyangka perkara biasa bagi seorang manusia (sebab bukan manusia kalau tak buat silap kan)?

Kalau menyesal, alhamdulillah tu petanda iman masih ada. Even tak banyak mana.

Menyesal bukan setakat sedih, tapi dengan tindakan atas kekesalan. 
Setakat kita sedar dan menyesal. Ibarat pen dengan liquid. Even dah tutup kesilapan tu, tapi masih meninggalkan kesan kotor.


Berbeza dengan taubat. Kita menyesal. Kita taknak lagi perkara sama berlaku. Bukan cuba untuk berubah, tapi usaha. Ibarat pensel dengan pemadam.


Padam sampai tak meninggal kesan. 



Jangan lupa buat baik sebagai 'galang-ganti' kepada kejahatan yang kita buat.


Takyah risau kalau dosa setinggi gunung, seluas lautan, even sebesar langit dan bumi. Lagipun kertas boleh ganti lain. Allah tu Maha Pengampun!



Sedikit tips untuk mengelak daripada dosa.

Ihsan.


Melihat Tuhan atau dilihat Tuhan.

Latih diri dengan sifat ihsan. Imagine apa yang kita buat, seolah-olah sedang melihat Allah (bukan directly) dan jika takleh, yakin Allah yang melihat kita. Ini adalah teori.

Ada yang lagi simple. Bayangkan di kedai berjenama di mana-mana shopping mall, konfem ada cctv. Sentiasa diperhati jika berlaku kemalangan. Tapi teori terlalu lemah jika nak dibandingkan dengan Allah yang Maha Melihat.

Sebab kekadang berlaku juga kecurian.


"Sebab apa kita tak dapat melihat Allah?"

"Sebab yang Maha Melihat bukan kita, tapi Dia."




Doa.


Last but not least, sengaja letak point ni akhir sekali. Bukan sebab paling tak penting (bahkan ni kaedah pertama yang patut dibuat), tapi takut orang anggap mende ni cliche.

Sepatutnya doa dan kebergantungan kepada Allah adalah jalan yang pertama sekali bagi seorang muslim dan mukmin bila melakukan apa jua perkara dalam kehidupan, bukan bersandarkan manusia. Sepatutnya lah.


Just remember,

Berdoa kepada Allah ni menandakan kehambaan dan kekerdilan kita, dan Dia suka hambanya yang berlagak seperti seorang hamba.



Tak lengkap rasanya entri tanpa ayat Al-Quran, terjemahan surah Al-Syura ayat 25.


"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat hambaNya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan mereka lakukan; dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."


Konklusi. Bertaubat selagi kiamat masih dekat!

(Entri ni bukan nak menyarankan penggunaan pensel dan pemadam)

1 comment:

  1. "Sebab apa kita tak dapat melihat Allah?"

    "Sebab yang Maha Melihat bukan kita, tapi Dia."

    Thanks budak dota :) entry sangat menarik ! Pensil dan pemadam. Analogi yang sangat dekat dengan kita.

    ReplyDelete